Hari-hari penuh bosan
Bosannya harini. Bosannya. Bosan! Cuma nak hitung hari bila nak mula semester baru. Nak tunggu result pun satu hal jugak. Minggu lepas, kami pergi sungai pisang. Bayangkan camping musim hujan.. Bar-b-q dalm hujan la jawabnya. Tapi tak bermalam.
Dalam pukul 10 lebih, kami bertolak. Nak jadi cerita, kereta meor habis minyak kat ampang. Terpaksala aku dengan weq pergi beli minyak, then hantar kat dia. Member-member yang lain yang menunggu kat Batu Caves tu berjanggutla tunggu kitorang sampai.
Sampai di perkampungan orang asli, kitorang parking kereta kat situ, kemudian jungle trekking masuk ke dalam. Terasa macam survivor pulak. Waktu ni hari masih panas. Selepas seberang sungai yang paras pingang, kena lalu pulak terowong yang gulap gulita. Air dalam terowong agak laju juga.
Dalam 20 minit, sampai kat air terjun sungai pisang. Ni post untuk kitorang setup khemah? "Oh Tidak!" kata kyril, our ranger guide. "Kalau nak best kita naik atas lagi. Ada tapak camping." Naik atas?? Gila ke apa? Atas yang dimaksudkan memang atas betul! Atas air terjun tu. Kena panjat bukit dalam hampir 90 darjah! Dahlah aku ni acrophobia (acrophobia- fear of heights)...
Eh, post ni dah silap tajuk... Nanti aku bukak post baru pasal Sungai Pisang. Jangan ingat kitorang sekadar bermandi-mandian atau bersurvivor saja. Memang ada Fear Factor nya! Memang FEAR!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home