Kisah London
Senior aku pernah marah dulu. Katanya:
U ni semua nak buat. Main gitar pun nak. Melukis pun nak. Tulis novel pun nak. Mana satu nak buat sebenarnya ni? Tetapkan hanya satu goal! Achieve that and u will be successful! Kalau tidak, I taknak ajar buat drawing!
(Tapi dia ajar jugak.)
Betul ke katanya? Kalau buat semua, takde priorities, hidup nanti tunggang terbalik? Kita kan ada pepatah, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.
Tapi aku degil. Aku cuba juga buat semua. Tapi lama-lama aku mula hilang fokus pada setiap satu. Aku dah jarang melukis. Melukis pun sebab ada projek atau assignment. Terpaksa untuk markah. (Ni sebenarnya yang menyelamatkan skil aku). Gitar pulak aku dah tinggal lama. Hampir setahun. (Sebab yang besar sebenarnya gitar aku dipinjam orang). Cerpen pun sudah lama kutinggalkan. Novel yang dulu tu pun masih terbengkalai. (Nasib baik aku masih tegar-Rossa tulis lirik lagu).
Masa aku diisi dengan menonton. Tak kisah lah menonton dvd, wayang dsbnya. Aku juga kaki berjalan. Suka sangat nak ukur jalan tu. Pantang kalau ada aktiviti luar (selalunya cadangan spontan grup kami), pasti aku nak ikut. Membaca pun aku sudah jarang.
Tapi masa cuti semester selama sebulan aku jadi bosan. Bosan separuh gila. Gila pun tak separuh macam bosan. Nak gerak pun susah sebab duit kurang. Takkan tiaptiap minggu nak camping dalam hujan! Takkan tiaptiap malam nak lepak dengan member! Banyak duit! Marathon Harry potter sudah. Trilogi Lord of The rings, sudah. Habis semua dvd aku tengok khatam kali ke berapa entah. Habis semua cerita aku donlod. Cerita Orang putih? cerita orang korea? cerita orang Jepun? Anime? Semua sudah! Tapi bosan jugak!
Jadi aku mula sambung novel aku dulu tu kembali. Aku dah mula tulis blog (dari dulu lagi simpan impian, tapi tak mula2). Aku mula petik gitar. Dan mula masuk belajar nanti, aku akan asah skill melukis aku balik. Aku nak cuba buat semua dalam satu masa.
Aku rasa aku akan jadi gila. Tapi aku cuba degil dengan katakata senior aku dulu. Seorang taurus mesti degil. Achieve all this and I hope I will success.
Speaking london la pulak. (hanya ayat ini saja berkaitan dengan tajuk)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home