Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligence)
Tidak lama dulu kita kagum dengan keupayaan Amalina cemerlang dalam SPMnya. Baru-baru ini kita rasa terkecil pula dengan kebolehan adik Adeputra dalam menyelesaikan masalah matematiknya walaupun baru berumur 4 tahun. Tetapi dalam kes Amalina, ramai tokoh akademik memberi alasan dan sebab kenapa situasi ini tidak harus diperbesarkan. Kata mereka lagi, kejayaan dan kecemerlangan yang sebenar apabila cerjaya dan cemerlang dalam mengadaptasi diri dalam masyarakat. Kata mereka lagi, Amalina hanya mengahafal, bukan memahami.
Jadi kita tertanya-tanya, apakah makna sebenarnya genius dan kecemerlangan itu? Adakah kita yang biasa-biasa ini tidak genius? Adakah ‘pandai’ itu hanya apabila mahir dalam penyelesaian masalah matematik? Betulkah menjadi pemuzik atau pelukis itu seorang yang gagal? (Teringat pula drama ibu mertuaku: “Siapa Kassim Selamat??? Majistret? Loyar?... Apa??? Ahlil muzik???
Jangan risau. Anda yang biasa-biasa ini juga mungkin salah seorang yang genius atau berkemahiran.
Menurut Howard Gardner, kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang selesaikan masalah atau cipta sesuatu dalam konteks budayanya. Dia ni menentang pendapat bahawa kecerdasan seseorang boleh dikenalpasti dengan ujian seperti ujian IQ. Oleh itu, dia telah mengemukakan 7 jenis kecerdasan yang diperlukan atau yang ada pada diri seseorang untuk selesai masalah atau hasilkan produk. Panduan beliau ini telah digunapakai oleh seluruh dunia kini.
Kecerdasan logik-matematik
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam pengiraan dan memanipulasikan nombor. Menganalisa masalah sebelum menyelesaikannya secara sistematik. Contoh tokoh yang memiliki kecerdasan ini ialah Albert Einstein, Madam Curie.
Ciri-ciri:
Dapat selesaikan masalah matematik dengan cepat.
Suka guna komputer
Memberi sebab kepada sesuatu peristiwa secara logik
Membuat eksperimen kepada perkara yang tidak difahami.
Kecerdasan Bahasa atau linguistik
Merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri dan bahasa asing. Tidak hanya berkisar kepada menghasilkan bahan bahasa tetapi juga perbezaan susunan dan rima perkataan. Mempunyai kebolehan berpuisi, bercerita dan mudah pelajari bahasa lain. Contoh tokoh: Shahnon Ahmad, TS Eliot
Ciri-ciri:
Suka menulis, bercerita
Mengeja perkataan dengan mudah dan tepat
Ingatan yang baik pada nama tempat, tarikh atau lirik
Suka membaca buku
Suka permainan bahasa seperti teka silang kata
Kecerdasan muzik
Melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi dan bergerakbalas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Di samping komposer dan pemuzik, orang yang suka mendengar kicauan burung dan hargai irama juga termasuk. Contoh tokoh: P Ramlee, Bethoven
Ciri-ciri:
Boleh bermain alat muzik
Mudah ingat melodi lagu
Boleh kenalpasti note muzik yang ‘off-key’
Perlukan muzik apabila belajar
Suka menyanyi lagu kepada diri-sendiri
Kecerdasan Visual/Spatial
Keupayaan untuk menghaislkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan. Pelajar yang terus melihat graf, carta dan gambar apabila membaca buku teks, membuat peta minda dan memenuhi ruang kosong pada kertas dengan corak-corak adalah tergolong. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan luas, meneroka angkasa dan mendaki gunung. Contoh tokoh: Vasco da Gama, Leonardo da Vinci
Ciri-ciri:
Suka ‘daydream’ dan habiskan banyak masa untuk perkara ini
Suka kepada permainan ‘puzzle’ atau teka kata atau lego
Suka carta, rajah dan menonton filem
Mudah tafsir dan fahami peta, carta atau gambar rajah
Suka melukis
Meluangkan masa untuk aktiviti seni seperti menyanyi atau menari
Melaporkan dengan jelas tentang imej visual apabila berfikir tentang sesuatu
Kecerdasan Kinestetik-badan
Melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelsaikan masalah, mencipta sesuaut atau menyatakan idea dan perasaan. Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnas dan penghasil kraftangan bermutu tinggi adalah golongan ini. Contoh: Tiger Woods, Faiznur Miskin
Ciri-ciri:
Berjaya dalam bidang sukan
Tidak boleh duduk diam di atas kerusi-ada saja aksinya
Suka aktiviti yang mencabar
Perlu menyentuh orang apabila bercakap
Boleh demonstrasi kemahiran dalam bidang kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit
Bijak meniru tingkah laku orang lain atau mimik muka
Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang motosikal
Kecerdasan Interpersonal
Keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Sekiranya dia adalah pemimpin atau ketua jabatan, dia akan dapat bekerja dan berhubung secara berkesan dengan pekerjanya. Guru, ibu bapa, ahli politik, pakar jiwa, jurujual bergantung kepada kecerdasan ini dalam menjalankan tugas mereka. Contoh tokoh: Anne Sullivan, Fadzilah Khamsah
Ciri-ciri:
Mempunyai ramai kawan
Boleh berempati dan memahami perasaan orang lain
Menyukai permainan berkumpulan dengan rakan-rakan
Menyertai aktiviti kumpulan lepas waktu sekolah
Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah atau dalam masyarakat
Kecerdasan Intrapersonal
Dimiliki oleh mereja yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri yang melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Kecerdasan ini sukar dinilai. Contoh tokoh: Sigmund Freud dan Ebbinghaus
Ciri-ciri:
Mempamerkan kebolehan untuk berdikari
Memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu tajuk kontroversi
Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi
Mahu menjalani hidup dengan ‘privacy’
Suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi atau projek
Kecerdasan Naturalist
Dimiliki oleh mereka yang menyintai alam semula jadi. Mudah mengenal dan mengingati nama tumbuhan dan haiwan. Gemar teroka hutan atau pelihara binatang. Cenderung untuk bekerja sebagai pengawal hutan atau di jabatan perhutanan, jabatan orang asli, pekerja zoo, doktor haiwan dan para saintis yang mengkaji haiwan dan tumbuhan
Ciri-ciri:
Suka mengumpul spesies rama-rama yang dikeringkan atau koleksi siput.
Dapat kenalpasi nama tumbuhan dan haiwan dengan cepat
Suka pelihara kucing, burung, arnab
Suka tanam bunga, pokok dan membuat perhiasan menggunakan bahan dari alam semula jadi seperti buluh dan rotan
Kecerdasan Existensial
Kecerdasan yang dimiliki oleh mereka yang mempunyai kepekaan dan keupayaan untuk menjawab persoalan berkaitan dengan kewujudan manusia dan kematian. Mereka memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasalahan manusia di sekelilingnya. Lazimnya mereka ini taat kepada ajaran agama masing-masing. Tokoh: guru agama Islam, bomoh tradisional, sami budha dan hindu, paderi dan saintis
*
Jadi, apakah kecerdasan anda? Kalau tak pasti, boleh lah cuba di laman-laman yang menyediakan kuiz seperti pada pos saya yang lepas...
diubahsuai daripada buku "Psikologi Pendidikan"

2 Comments:
pergh....rajin gila ko menulis...byk masa lapang la nih. kah kah kah...aku memang setuju dgn pendapat ko. daripada agungkan budak yg ntahapehapentah pencapaian, baik highlight student kita yg buat research pasal nanotechnology yg kurangkan geseran kt UK tuh. siap boley present paper dalam parlimen lagik. kt Malaysia....jgn harap la.
hehe.. menulis tak rajin, tapi menaip yang rajin... nanti biler assgmt da byk, jgn harap la nak update selalu blog nih.
Post a Comment
<< Home