Kisah sahabat (we used to be friends)
11.48 pm. Thurs. 6 july 06
Sampai satu masa kalau kita bersabar, kita akan temui apa yang kita cari selama ini. Terkadang apa yang kita inginkan dalam teman yang baik juga kita temui. Kita jaga dan kawal teman kita, mungkin juga kerana sahabat ini begitu bernilai bagi kita. Tetapi sebab yang sebenarnya mungkin kerana kita takut kehilangan. Kehilangan sebuah kasih sayang pada diri seorang sahbat. Sahabat ini mungkin tidak sentiasa berada di sisi kita. Sahabat ini mungkin tidak selalu mendengar keluhan kita. Tapi kita pasti bahawa dia tetap akan di samping biarpun tidak secara fizikal.
Apabila kita menemui cinta seperti saranan plato, mungkin kalau kekal bersahabat, cinta kita itu sejati. Rasa cinta itu datang apabila minda kita distimuli dengan akalnya, dengan rasa sayang dan ambil beratnya, dengan rasa ingatannya. Kita boleh bercerita segala-galanya pada dia. Kita jatuh. Sentiasa padanya. Dia sungguh dekat di hati kita, sungguh dekat di mata kita, tapi kita rasakan dia amat jauh untuk digapai. Sedih? Sudah semestinya. Sakit? Tentu. Tapi kehadirannya dalam hati sudah cukup memberi kita segala-galanya biarpun dia bukan kepunyaan kita. Tetapi hakikatnya, dia pun bukanlah kepunyaan sesiapa melainkan kepunyanNya yang mutlak.
Jauh di sudut hati, kita pun mungkin akan tertanya-tanya, adakah dia juga berperasaan bagitu. Mungkinkah wujudnya sebuah persahabatan akrab antara seorang yang bernama perempuan dengan seorang yang bernama lelaki tanpa ada sekelumit perasaan sayang yang bertukar cinta yang ingin memiliki? Platonikkah ini? Mungkinkah nilai persahabatan ini akan berubah apabila sudah saling memiliki? Menyedari bahawa dia bukanlah untuk kita. Mungkin ini yang terbaik? Hanya Dia yang Mengetahui.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home