Monday, December 26, 2005

Kecerdikan pelbagai? Urm...





Your Dominant Intelligence is Spatial Intelligence



You've got a good sense of space and how the world around you looks.
You can close your eyes and "see" images. You have innate artistic talent.
An eye for color and shapes, you're also a natural designer.
Since you think in pictures, visual aids and demonstartions help you learn best.

You would make a good navigator, sculptor, visual artist, inventor, architect, interior designer, or engineer.


Kisah London

Senior aku pernah marah dulu. Katanya:
U ni semua nak buat. Main gitar pun nak. Melukis pun nak. Tulis novel pun nak. Mana satu nak buat sebenarnya ni? Tetapkan hanya satu goal! Achieve that and u will be successful! Kalau tidak, I taknak ajar buat drawing!

(Tapi dia ajar jugak.)

Betul ke katanya? Kalau buat semua, takde priorities, hidup nanti tunggang terbalik? Kita kan ada pepatah, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Tapi aku degil. Aku cuba juga buat semua. Tapi lama-lama aku mula hilang fokus pada setiap satu. Aku dah jarang melukis. Melukis pun sebab ada projek atau assignment. Terpaksa untuk markah. (Ni sebenarnya yang menyelamatkan skil aku). Gitar pulak aku dah tinggal lama. Hampir setahun. (Sebab yang besar sebenarnya gitar aku dipinjam orang). Cerpen pun sudah lama kutinggalkan. Novel yang dulu tu pun masih terbengkalai. (Nasib baik aku masih tegar-Rossa tulis lirik lagu).

Masa aku diisi dengan menonton. Tak kisah lah menonton dvd, wayang dsbnya. Aku juga kaki berjalan. Suka sangat nak ukur jalan tu. Pantang kalau ada aktiviti luar (selalunya cadangan spontan grup kami), pasti aku nak ikut. Membaca pun aku sudah jarang.

Tapi masa cuti semester selama sebulan aku jadi bosan. Bosan separuh gila. Gila pun tak separuh macam bosan. Nak gerak pun susah sebab duit kurang. Takkan tiaptiap minggu nak camping dalam hujan! Takkan tiaptiap malam nak lepak dengan member! Banyak duit! Marathon Harry potter sudah. Trilogi Lord of The rings, sudah. Habis semua dvd aku tengok khatam kali ke berapa entah. Habis semua cerita aku donlod. Cerita Orang putih? cerita orang korea? cerita orang Jepun? Anime? Semua sudah! Tapi bosan jugak!

Jadi aku mula sambung novel aku dulu tu kembali. Aku dah mula tulis blog (dari dulu lagi simpan impian, tapi tak mula2). Aku mula petik gitar. Dan mula masuk belajar nanti, aku akan asah skill melukis aku balik. Aku nak cuba buat semua dalam satu masa.

Aku rasa aku akan jadi gila. Tapi aku cuba degil dengan katakata senior aku dulu. Seorang taurus mesti degil. Achieve all this and I hope I will success.

Speaking london la pulak. (hanya ayat ini saja berkaitan dengan tajuk)

Tuesday, December 20, 2005

Kisah insomnia

argghh!! Bosannya kalau susah nak tidur!

Sekarang pukul 5.13 am. kalau dalam bulan puasa, tengah makan sahur.

Tadi dalam 2 jam terkebil-kebil atas katil. mata tak mau lelap. Nasib baik ada seorang rakan lama kat YM. Dia pun spesies insomniac jugak. Tapi aku lebih sikit darjah kebosanan sebab dia berjaga untuk bekerja. Siapkan dateline. Aku pulak, berjaga sebab terpaksa berjaga.

Aku pernah terbaca dulu, ada seorang hamba Allah yang tak pernah tidur dalam beberapa belas tahun entah. Adakah insomnia ni satu penyakit? Kalau satu penyakit, kenapa hamba Allah tu tak makan ubat bagi dia dapat tidur? Kan tidur tu satu nikmat?

Inilah akibatnya kalau tak syukuri nikmat yang Tuhan bagi. (Atau mungkin juga penyakit ni satu nikmat bagi aku yang aku tak tahu? Contohnya, solat hajat ke, tahajud ke? Contohnya lah!)

Yang aku-yang-jahil ni tahu, sepanjang awal pagi ni, torrent aku berjaya donlod ep gilmore girls yang terbaru dan lagi setengah jam, files of young kindaichi pun juga siap didonlod.. huhu

Monday, December 19, 2005

Hari-hari penuh bosan

Bosannya harini. Bosannya. Bosan! Cuma nak hitung hari bila nak mula semester baru. Nak tunggu result pun satu hal jugak. Minggu lepas, kami pergi sungai pisang. Bayangkan camping musim hujan.. Bar-b-q dalm hujan la jawabnya. Tapi tak bermalam.

Dalam pukul 10 lebih, kami bertolak. Nak jadi cerita, kereta meor habis minyak kat ampang. Terpaksala aku dengan weq pergi beli minyak, then hantar kat dia. Member-member yang lain yang menunggu kat Batu Caves tu berjanggutla tunggu kitorang sampai.

Sampai di perkampungan orang asli, kitorang parking kereta kat situ, kemudian jungle trekking masuk ke dalam. Terasa macam survivor pulak. Waktu ni hari masih panas. Selepas seberang sungai yang paras pingang, kena lalu pulak terowong yang gulap gulita. Air dalam terowong agak laju juga.

Dalam 20 minit, sampai kat air terjun sungai pisang. Ni post untuk kitorang setup khemah? "Oh Tidak!" kata kyril, our ranger guide. "Kalau nak best kita naik atas lagi. Ada tapak camping." Naik atas?? Gila ke apa? Atas yang dimaksudkan memang atas betul! Atas air terjun tu. Kena panjat bukit dalam hampir 90 darjah! Dahlah aku ni acrophobia (acrophobia- fear of heights)...

Eh, post ni dah silap tajuk... Nanti aku bukak post baru pasal Sungai Pisang. Jangan ingat kitorang sekadar bermandi-mandian atau bersurvivor saja. Memang ada Fear Factor nya! Memang FEAR!