Sunday, February 19, 2006

Kisah Exilers dan blasah (blastoff)



Tidak. Mereka ini bukannya band black mental.. eh.. black metal. Jauh sekali band white metal. Mereka ini sebenarnya band pak lawak dan pak latah. Yang so-called emo rock yang dicanang mereka itu pun betul juga. tapi lebih kepada progressive rock. Kononnya macam Dreamtheater. Masa final blastoff, mereka bawa satu lagu yang dicipta mereka sendiri. Tajuknya Tsunami. Kononnya lagu emo. Boleh la. Lirik ada emo sikit. Arangement, totally emo. Stail bawak, macam terlebih emo. Boleh la.

Notakaki: yang 2 orang kat belakang yang macam out of concept sikit tu, ahli band Jiaja; karuk dan ji. Band Jiaja ni lah yang menang blastoff. Dan Aja memang hensem.


Sebenarnya, mereka-mereka ini bukanlah seganas muzik dan persembahan mereka. Tengok gambar ni dah tau betapa sengal dan masuk airnya mereka. Tapi bab emo, mereka ini memanglah mempunyai tahap ke'emo'an yang agak tinggi. Heh heh. Serius ni. Pantang dikutuk, pantang dicabar, pantang dilatah, pantang kawan merana, pantang kalah; kompem emo.

Sebenarnya, mereka-mereka ini sangat berhati baik dan berbudi bahasa. Bercita-cita tinggi. A shoulder to cry on. (Thank you so veri much 4 dat nite. i reli appreciate it.dun noe wat 2do without u guys.) ok, dah utk pujian. Tak boleh banyak sangat puji memuji. Eh, tapi Aja memang hensem.


Yang sebelah kanan itulah Amai. Kenapa masam? Ini malam persembahan Exilers masa Heat 1. nyanyi lagu Stars. The worst performance by Exilers dalam Blastoff. Takpe, Amai tetap cute n Aja tetap hensem.

Kepada Exilers: Teruskan.


Ini Habib. Kemungkinan akan menjadi ahli baru dalam Exilers. Ada la yang akan keluar tu. Sapa? Syyhhh... Okla. Memandangkan budak-budak exilers ini tidak akan dapat masuk ke blog ini kerana dilarang, aku bagitau siapakah itu yang akan dikeluarkan...

Walau apapun, Habib memang best. Semoga mendapat awek yang memahami dan best juga!

Kisah The Exilers




Tahniah kepada Exilers kerana mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Blastoff anjuran hitztv@astro. refer: www.astro.com.my/blastoff

Akhirnya, segala penat lelah, segala ponteng kelas, segala kurangnya tidur, segala tak cukup duit untuk praktis, segala kelam kelibut, segala cerca merba, segala kutuk kutuk, selesai sudah dengan satu perasaan yang sungguh lega.. kan?

Akhirnya, dapat jalani hidup seperti biasa (walaupun biasa itu sudah tidak lah begitu biasa) secara normal. Cuma ada pertambahan dari segi harga diri, maruah, keyakinan, harapan, masa depan dan juga kenalan... (biasala, bila ada nama, kawan pon ramai, kan..?)

Akhirnya, apa yang diingin selama ini sudah tercapai. Walaupun hanya dengan pertandingan sms, hanya dengan mendapat nombor 2, tapi perjalanan ini sudah memadai dari cukup.. kan?

Akhirnya, apa yang sudah berakhir ini, hanya satu permulaan pada perjalanan yang panjang. Jadi, bersiap sedialah... kan?

Akhirnya, aciq pun boleh menarik nafas lega.

Monday, February 06, 2006

Kisah amai

-- post ni terpaksa dipadamkan atas sebab-sebab keselamatan --